Info Terkini

PENGURUSAN KEY IQ TRAINING & CONSULTANC



PENGURUSAN KEY IQ TRAINING & CONSULTANCY

PENGARAH URUSAN
(MANAGING DIRECTOR)
AIZAT OMAR

- Menyelaras pengurusan syarikat secara keseluruhan serta bertindak sebagai pembuat keputusan
  akhir dalam syarikat.
- Menentukan hala tuju syarikat dan memastikan perancangan dilaksanakan.
- Menilai prestasi syarikat.
- Memastikan sumber hasil syarikat digunakan dengan betul._
- Membuat keputusan bagi kepentingan syarikat.


PENGARAH BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN 
(DIRECTOR OF ADMINISTRATIVE & FINANCE)
MOHD SHUKRI DAUD

- Merancang, melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am dan pengurusan sumber kewangan
   syarikat.
- Mengurus penggunaan perolehan dan penyelenggaraan aset dan harta modal syarikat, pendaftaran
  fail-fail dan pengurusan dokumen-dokumen.
- Menyediakan belanjawan mengurus
- Pengurusan berkaitan hasil (pendapatan) dan pembayaran (perbelanjaan) syarikat.
- Penyediaan bajet, pembayaran, perolehan, terimaan, pembelian dan perakaunan


PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA & HUBUNGAN DALAMAN
(DIRECTOR OF HUMAN RESOURCES & INTERNAL AFFAIRS)
KHAIZUL NAZRIM ABD SALIM

- Merancang keperluan tenaga pekerja dalam syarikat.
- Menguruskan semua personel dalam syarikat daripada aspek perjawatan, latihan dan kebajikan.
- Menyediakan indikator untuk memantau prestasi kerja semua personel dalam syarikat.
- Merancang untuk memperkasa imej syarikat melalui pembinaan sahsiah dan identiti korporat
   syarikat.
- Menyelesaikan permasalahan dalaman yang melibatkan personel di dalam syarikat.


PENGARAH BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT & HUBUNGAN LUAR
(DIRECTOR OF CORPORATE COMMUNICATIONS & FOREIGN AFFAIRS)
KHAIRUL AMIN HALIMI

- Menguruskan perhubungan awam dan media.
- Merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi pelbagai medium media.
- Merancang strategi untuk membina hubungan dengan pelbagai kumpulan sasaran.
- Bertindak sebagai perantara syarikat dengan pelbagai agensi awam, agensi swasta, NGO dan 
  masyarakat.
- Menguruskan aduan, maklum balas pelanggan dan kajian kepuasan pelanggan.


PENGARAH BAHAGIAN STRATEGIK & POLISI KORPORAT
(DIRECTOR OF STRATEGIC & CORPORATE POLICIES)
MOHD AMIR AZRI AHMAD SHAKRI

- Merancang dan melaksanakan dasar dan polisi korporat syarikat.
- Merangka Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators – KPI) syarikat dan strategi untuk
  mencapainya.
- Merangka pelan jangka panjang (5 tahun) dan pendek (1 tahun) untuk mencapai Petunjuk Prestasi
  Utama (KPI) syarikat.
- Menyediakan takwim tahunan syarikat.
- Merancang dan mengurus setia Mesyuarat Pengurusan Syarikat, Mesyuarat Pra-Program dan
  Mesyuarat Post-Mortem Program.


PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN & PENGURUSAN FASILITATOR
(DIRECTOR OF TRAINING & FASILITATORS MANAGEMENT)
DIANA ERDAYANTI SUDIN

- Pengurusan modul latihan.
- Mengurus program dan venue program.
- Merancang program Training-of-Trainers (TOT) kepada jurulatih dan fasilitator.
- Bertanggungjawab kepada semua jurulatih dan fasilitator.
- Merancang keperluan jurulatih dan fasilitator bagi setiap program dan pengambilan jurulatih dan
  fasilitator baru.


PENGARAH BAHAGIAN PEMASARAN & PROGRAM PROMOSI
(DIRECTOR OF MARKETING & PROMOTIONAL PROGRAMME)
NUR HIDAYAH HARUN

- Merancang methodologi pemasaran.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti- aktiviti promosi dan pengiklanan melalui pelbagai medium
  media.
- Mengemaskini portal / laman sosial sebagai salah satu medium promosi.
- Mempromosi program kepada kumpulan sasar melalui maklumat yang diperolehi daripada
  Bahagian IT & Media.
- Mengenalpasti program lapangan yang perlu disertai bagi tujuan promosi.
- Mengemaskini maklumat kumpulan sasar yang diperolehi melalui pelbagai kaedah.


PENGARAH BAHAGIAN IT DAN PENGURUSAN MEDIA
(DIRECTOR OF IT & MEDIA MANAGEMENT)
AHMAD SYAFIQ ABDULLAH SUHAIMI

- Menyediakan bahan promosi dalam pelbagai bentuk – poster / video.
- Mengenalpasti medium yang sesuai dan berimpak besar untuk tujuan promosi dan pemasaran.
- Mengemaskini maklumat kumpulan sasar yang diperolehi melalui pelbagai kaedah.
- Menganalisa.